Gout

Gout adalah keadaan metabolik apabila tubuh mengumpul asid urik berlebihan yang sebenarnya ialah kumbahan dari tisu tubuh. Asid urik berlebihan itu terkumpul sebagai kristal halus di dalam sendi. Gejalanya ialah sakit tersangat menusuk sendi bengkak, seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan, tetapi palin kerap ialah di ibu jari kaki dan selalunya berlaku waktu malam.

Untuk mengurangkan kesan gout, minum banyak air untuk mencair dan menyahkan asid urik dan juga untuk menghalang dari batu karang buah pinggang. Jaga diet iaitu elakkan dari makan tinggi purin seperti protein haiwan, daging, jantung, hati, kepah, udang, kerang, dan sebagainya. Ambil karbohidrat sederhana dan banyakkan makan sayuran dan buahan.

Bersenam ringan juga boleh mengurangkan kesan gout. Gunakan hidroterapi SG-2000 yang memberikan senaman bagaikan berlari 3 km walaupun mengambil masa hanya 15 minit. Air panas atau suam mengembangkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah kepada tisu sengal atau terosak, memberi oksigen dan nutrien untuk membantu proses pemulihan dan membawa keluar asid laktid. Spa juga membantu mengembalikan keboleh gerakan dan menyah tegangan; otot tenang bergerak lebih mudah tanpa sakit dan sengal.

Tambahan pula garam dan minyak SPA juga lagi membantu untuk menyah toksid. Antaranya ialah :
- Hayseed digunakan untuk melegakan sakit belakang, sendi dan otot.

- Rosemary Meningkatkan pengaliran darah, metabolisma, menurunkan tekanan darah dan melegakan migrain dan keletihan mental.

- Juniper Melegakan sengal dan kekangan otot. Merawat radangan dari gout dan sakit otot.

- Pine ialah mnyak yang mempunyai kesan rangsangan untuk pengaliran darah, dan melegakan sengal otot dan sendi.

- Garam berLemon Ia bagus sebagai pencuci pensteril kulit, dan juga menanggalkan kulit mati dan pengecutan kulit.

Satu Respons

  1. [...] >>>>  lihat lagi [...]

Tinggalkan jawapan